Pada waktu berkenaan agak sibuk dengan kehadiran para pengunjung di Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC. Saya tiba agak awal dalam pukul 10 pagi sedangkan sesi bersama penulis bermula pada pukul 3 petang.
Dalam tempoh berkenaan, saya mengambil kesempatan untuk meninjau serta memilih penerbit yang sesuai untuk menerbit karya saya dimasa hadapan.
Zahirudin Zabidi |
Bersama salah seorang peminatnya |
Ketika meninjau di setiap gerai, saya dapat melihat pelbagai terbitan buku baru, tidak kira novel atau ilmiah laku dijual bagaikan pisang goreng panas.
Bila hampir waktu yang ditetapkan, saya bergegas ke tingkat 3 menuju ke Bilik Sabah. Yang peliknya, ada sesi perjumpaan dengan hero drama TV3 bersama para peminat iaitu Adiputra. Ada sedikit kekeliruan kerana sesi berkenaan sepatutnya di bilik berkenaan. Akhirnya, sesi bersama penulis dipindahkan di bilik sebelah iaitu Bilik Sarawak.
Pelbagai ilmu dan petua yang saya dapat jika mahu menjadi penulis sepenuh masa. Apa yang penting, solat lima waktu jangan dilupakan. Jangan berhenti berdoa kepada Allah S.W.T. untuk mendapatkan ilham kitaka menulis. Dan lagi penting, bila dah dapat royalti berpuluh ribu, jangan lupa bayar zakat.
Saya rasa teruja bila dapat melihat mereka berdua secara dekat dan mendengar kisah mereka. Di Malaysia, mahu menjadi penulis sepenuh masa agak sukar berbanding di luar negara. Mungkin di sana ada elaun atau imbuhan bagi mereka menulis sepenuh masa agar kos sara hidup tak lari.
Selepas menyertai sesi bersama penulis ini, hati saya puas dan memberi dorongan agar menjadi penulis sepenuh masa yang sukses walau pun ia mengambil masa yang agak lama. Mungkin 10 tahun lagi atau selepas bersara? Jika selepas bersara pun bagus juga sebabnya boleh mengisi masa lapang selain beribadat dan bercucuk tanam di kampung halaman.
Ramlee Awang Murshid |