Aku berdiri di penjuru bilik yang malap
Dengan tanganku diikat
Dengan mulutku disumbat
Dengan kakiku dirantai
Dengan diacukan sebilah belati berbisa di leherku
Di dadaku secalit kuning yang mula bersinar
Menerangi persekitaran yang malap agar aku dapat melihat kejahilan dan kezaliman mereka
Sang algojo menjerit kuat dengan perasaan amarah
Lantas aku dilukai dan diseksa hanya kerana secalit kuning
Dataran Merdeka
Sabtu, 28 April 2012
Nota: Puisi ini milik Ahmad Mahzan Borhan. Sesiapa yang melakukan plagiat, akan didakwa.
Nota: Puisi ini milik Ahmad Mahzan Borhan. Sesiapa yang melakukan plagiat, akan didakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan