Ahad, 16 Jun 2013

Puisi: Surat Kepada Teman

Saudara Safwan Anang ketika ditahan

Teman,
Apa khabar di sana?
Adakah mereka menyakitimu?
Adakah mereka cuba mengaibkan dirimu agar kau tidak mampu menahan amarahmu?
Bersabarlah, teman. Allah sentiasa bersama dengan mereka yang benar.

Teman,
Begitu hebatnya dirimu sehinggakan sang penzalim gentar bila melihat kau lantang bersuara menentang ketidakadilan dan penipuan
Begitu takutnya sang penzalim kerana kau mempu mengumpulkan kekuatan yang luar biasa dalam masa yang singkat
Begitu bimbangnya sang penzalim bila melihat generasi baru terjaga dari mimpi yang diracuni sekian lama oleh mereka
Insyaalah, teman. Kita akan kecapi kejayaan ini walau pun perlu berjuang seratus tahun lagi

Teman,
Mungkin mereka bisa memenjarakan dirimu seberapa lama yang disukainya
Tetapi mereka tak bisa memenjara semangat dan jiwamu yang semakin bergelora dalam perjuangan
Usah khuatir, teman. Aku berdoa kepada Yang Maha Esa agar kau sentiasa selamat dan sejahtera di dalam sangkar sang penzalim.


                                                                 Khamis, 30 Mei 2013 (2010 malam)
                                                                 Pasar Seni, Kuala Lumpur


Nota: Puisi ini milik Ahmad Mahzan Borhan. Sesiapa yang melakukan plagiat, akan didakwa.

Tiada ulasan: