Sabtu, 1 Mac 2014

Puisi: Jalan Raja Bot

Suara-suara marhaen berkumandang ke udara
Tawar-menawar menguasai suasana hari yang panas
Pelbagai warna kehidupan memenuhi ruang alam yang sempit
Menjadi nadi saraf kotaraya yang tidak pernah tidur

Aku berdiri di sini
Menantikan sesuatu yang pasti tiba
Sesuatu yang membuatkan aku kembali ceria

Nah! Itulah ia...
Sesuatu yang dikenali harapan
Harapan yang berkekalan sehingga akhir zaman


Amaran: Puisi ini milik Ahmad Mahzan Borhan. Sesiapa yang melakukan plagiat, akan didakwa.

Tiada ulasan: