Selasa, 27 Mei 2014

Puisi: Tidurlah...

Tidurlah
Tidurlah lagi
Tidurlah sehingga esok pagi
Sehinggakan tidak sedar seluar sotong hilang dalam dakapanmu
Tidak sedar perawanmu hiding dirodok tupai biru

Maruah tergadai tanpa disedari sehingga kau melupakan segala-galanya
Virus asing menjalar senyap ke seluruh tubuhmu dan meratah sel-sel putih selepas memberi suapan kepada sel-sel merah
Dibuai mimpi indah tanpa kesudahan setelah kau meratah sepinggan narkotik dan sup daun ketum
Dibelai dan dimanja oleh sang algojo yang bertopengkan sang rupawan jelita
Si penguasa semakin angkuh dan mewah tatkala warga marhaen merintih mencari sesuap nasi.

Tidurlah
Tidurlah lagi
Selagi mentari tidak terbit di barat, kau tidur lena di tilam sutera disulami emas


Amaran: Puisi ini milik Ahmad Mahzan Borhan. Sesiapa yang melakukan plagiat, akan didakwa.

Tiada ulasan: