Kulitmu lembut bak sutera
Wajahmu jernih suci dari dosa
Rambut hitam lurus bermaya
Keayuanmu mengisi hatiku kosong tanpa sinar cinta
Sedihnya...
Kau pergi meninggalkan aku tanpa pesan
Meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai di tengah lautan impian
Impian untuk membina mahligai milik kita di kayangan
Tetap keseorangan? Ya...
Aku bertanya kepada diriku ini
Haruskah aku mengingatimu?
Atau biarkan diriku bersendirian?
Hanya masa sahaja yang menentukan
Majalah Harmoni 1 – 15 Julai 2009
(Utusan Karya Sdn. Bhd.)Nota: Puisi ini milik Ahmad Mahzan Borhan. Sesiapa yang melakukan plagiat, akan didakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan