Rabu, 22 Disember 2010

Suara Anak-anakku

Angin bertiup kencang membawa khabar
Khabar buruk yang pastinya mengundang bencana
Bencana besar bakal menimpa ke atas anak-anakku

Lantas berbondong-bondonglah anak-anakku ke taman anggerik
Membawa satu suara yang pastinya menghalang bencana
Bencana besar yang memupuskan kebahagiaan anak-anakku

Jangan kacau kami!!
Jangan ceroboh kebahagiaan kami!!
Anak-anakku bersatu walau pun berlainan ibunya
Sumbang dan nyaring suaranya
Tetapi bermakna isinya

Pokoknya, anak-anakku benci satu perkara
Tidak diizinkan kebahagiaannya berkongsi bersama
Berkongsi dengan orang kedua
Orang yang bakal merampas kebahagiaan anak-anakku

                                                                          Dewan Sastera November 2008


Nota: Puisi ini milik Ahmad Mahzan Borhan. Sesiapa yang melakukan plagiat, akan didakwa.

Tiada ulasan: