Seorang lelaki berusia separuh abad berlari dalam keadaan
terdengkot-dengkot menuju ke tapak pembinaan yang terbengkalai. Wajahnya agak
cemas dan adakalanya dia kerap menoleh ke belakang. Sepasang sut berwarna perang
yang dipakainya kini dicemari debu kekotoran.
Setelah
memastikan tiada siapa yang mengekorinya, dia terus melangkah masuk ke salah
satu lot kedai terbiar dan bersembunyi di bawah tangga. Dia berehat seketika
untuk menghilangkan rasa penat setelah sekian lama dia berlari.
“Mahu
lari ke mana, Datuk Haikal!” Suara wanita yang kuat bergema mengejutkan lelaki
itu. Lelaki yang bernama Datuk Haikal mula berasa cemas. Dia tertanya-tanya
bagaimana mereka mengesan kedudukannya dengan mudah.
Dengan
segeralah dia keluar dari bawah tangga kedai dan cuba berlari keluar menuju ke
lorong belakang. Pada masa itulah satu das tembakan mengenai kaki kanannya
sehingga menyebabkan dia tersungkur. Datuk Haikal menjerit kesakitan sambil
memegang kakinya yang cedera.
“Ya
Allah...!” Ini kali pertama Datuk Haikal menyebut nama-Nya yang sebelum ini tidak
pernah keluar dari mulutnya.
Sejurus kemudian, muncul dua lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng ski mengangkat Datuk Haikal dengan kasar ke dalam sebuah van putih yang baru tiba. Mulutnya ditampal dengan pita pelekat sebelum kepalanya diserkup dengan kain. Dia sendiri tidak tahu ke mana destinasi yang dituju. Adakalanya kenderaan yang Datuk Haikal naiki bergegar seketika sebelum ia berhenti. Sayup-sayup kedengaran bunyi semboyan kapal dan ini bermakna, dia dibawa ke sebuah perlabuhan.
Sejurus kemudian, muncul dua lelaki berpakaian serba hitam dan bertopeng ski mengangkat Datuk Haikal dengan kasar ke dalam sebuah van putih yang baru tiba. Mulutnya ditampal dengan pita pelekat sebelum kepalanya diserkup dengan kain. Dia sendiri tidak tahu ke mana destinasi yang dituju. Adakalanya kenderaan yang Datuk Haikal naiki bergegar seketika sebelum ia berhenti. Sayup-sayup kedengaran bunyi semboyan kapal dan ini bermakna, dia dibawa ke sebuah perlabuhan.
Datuk
Haikal diheret keluar dan dibawa masuk ke sebuah gudang yang agak tersorok dari
pandangan umum. Di situ, kelihatan sebuah kerusi yang diletakan di hadapan
sebuah kamera video digital yang disambungkan ke sebuah komputer riba di atas
meja. Datuk Haikal didudukan dengan tangannya diikat ke belakang. Kain serkup
ditarik dan ini menyebabkan pandangan Datuk Haikal bersilau seketika. Masing-masing menanggalkan topeng ski
dengan serentak. Dengan tindakan sedemikian menyebabkan Datuk Haikal terkejut
bila melihat wajah mereka sebenar.
“Mona?
Awak...” Dia tidak menyangka yang Mona adalah salah seorang dari anggota
kumpulan penculik. Mona adalah tukang cuci di pejabat Datuk Haikal yang sudah
berkhidmat hampir 6 tahun.
“Ya,
datuk. Tetapi nama saya bukanlah Mona. Datuk tidak perlulah mengetahui nama
sebenar saya.” Gadis yang menggunakan nama samaran itu berjalan dengan gaya
menggoda dan memeluk Datuk Haikal dari belakang.
Datuk
Haikal memandang ke arah beberapa orang pemuda yang berada tidak jauh darinya.
Salah seorang dari mereka duduk menghadap komputer riba.
“Siapa
mereka ini?” Tanya Datuk Haikal. Kali ini nadanya berubah seperti tidak senang
dengan tindakan mereka.
“Oh,
lupa pula. Mereka ini adalah anak kepada mangsa-mangsa kezaliman yang datuk
lakukan pada sepuluh tahun yang lalu. Dan saya adalah salah seorang dari mereka.”
“Apa
maksud awak?”
“Masih
ingat lagikah projek mega pembinaan taman tema bertaraf lima bintang di Kuala
Hilir dulu? Penduduk yang enggan menyerahkan tanah pusaka kepada datuk telah
dibunuh oleh orang suruhan datuk. Bukan itu saja, mangsa dipaksa menandatangani
surat penyerahan tanah dan merampas geran tanah sebelum dibunuh.”
“Apa
awak mahu sebenarnya? Kalau mahukan wang, cakaplah berapa banyak awak mahukan.”
“Kami
tidak berminat dengan wang. Wang tidak akan menghidupkan keluarga kami yang
datuk bunuh. Jangan fikir dengan wang juga, datuk boleh selamat?”
“Kami
hanya mahukan darah datuk. Itu saja.” Seorang pemuda tampil dengan perwatakan
dingin. Dia menyeluk kocek seluar dan mengeluarkan sebilah pisau lipat.
“Bertenang,
dik. Cara kamu tak menyeronokkan langsung. Kakak ada cara yang lain. Pastinya
kamu akan suka nanti.” Mona pergi ke arah meja dan menarik mendekati Datuk
Haikal sebelum menaip sesuatu pada komputer riba.
Mona
membuka laman sesawang Youtube dan kemudian, membuka pula laman khas yang
menayangkan kegiatan haram Datuk Haikal. Dari skandal kewangan, kegiatan kongsi
gelap, rasuah, penyeludupan sehinggalah perancangan pembunuhan, semuanya
dikumpulkan dalam laman khas mengikut judul.
“Segala
bukti salah laku datuk sudah pun dirakam dan dikumpul dengan baik mengikut
judul sebelum ia dimuat naik. Lihatlah, datuk.” Skrin komputer riba di hala ke
arah Datuk Haikal.
Wajah
Datuk Haikal menjadi pucat bila menonton visual itu. Kesemua visual berkenaan
dirakam dengan menggunakan kamera khas yang mudah disembunyikan serta kualiti
suara yang jelas. Antara visual yang ditontonnya adalah perbincangan dengan
beberapa individu dalam urusan pengubahan wang haram. Kelihatan juga visual
dengan judul Merancang Pembunuhan Wartawan. Pada masa itulah Datuk Haikal
teringat. Dia mengarahkan pembunuh upahannya membunuh seorang wartawan akhbar
tabloid yang cuba mendedahkan kegiatan jahatnya beberapa bulan yang lalu.
Mujurlah umur wartawan berkenaan masih panjang. Dia mengalami kecederaan yang
parah selepas terkena tembakan beberapa das di luar kediamannya.
“Jangan
buang masa. Kami mahu datuk membuat pengakuan sekarang!” Mona mengaktifkan butang
rakaman pada kamera video dan memberi isyarat kepada yang lain agar memakai
kembali topeng ski dengan segera.
“Ampunkan
saya. Saya sanggup bayar berapa banyak yang awak mahukan.” Rayu Datuk Haikal.
“Datuk
mengaku yang datuk sendiri mengarahkan agar wartawan itu dibunuh? Jawab!”
“Ya, saya
mengaku.”
“Mendalangi
penyeludupan keluar minyak diesel bersubsidi ke luar negara?”
“Ya...”
“Mendalangi
kegiatan pembalakan haram di Hutan Simpan Bukit Puteri?”
“Membawa
masuk beribu-ribu pendatang asing tanpa izin ke negara ini?”
“Datuk
juga menyogok beberapa orang pegawai kastam agar supaya kontena yang
mengandungi komponen kenderaan curi dilepaskan keluar dari negara ini?”
“Ya...ya.
Saya mengaku. Tolonglah lepaskan saya. Tolong...” Sekali lagi Datuk Haikal
merayu. Malangnya, tiada sesiapa yang bersimpati dengannya.
“Tiada
gunanya datuk meminta tolong. Tiada siapa yang akan membantu datuk.” Kata Mona sambil
mengeluarkan picagari dari beg galas sebelum menyuntik di leher Datuk Haikal.
Datuk
Haikal berasa pening. Pandangan persekitaran berputar-putar seperti menaiki
roda feris. Wajah-wajah mangsa kekejamannya muncul satu demi satu. Mereka
seperti ketawa sambil melambai-lambai kepadanya. Tubuhnya berasa ringan dan
tanpa disedari, dia dibawa ke dalam van putih yang sudah pun dibawa masuk ke
dalam gudang. Beberapa orang pemuda mengambil tong plastik yang berisi minyak
petrol dan dijirus di sekitar gudang. Selepas itu, mereka segera menukar
pakaian dan pakaian hitam serta topeng ski yang dipakai sebelum ini dikumpulkan
didalam plastik sampah untuk dibakar.
“Kak
Chu, rakaman pengakuan Datuk Haikal sudah pun dimuat naik ke laman Youtube
tadi. Suara Kak Chu sudah pun saya ubahkan menjadi garau.” Kata seorang pemuda
bertubuh gempal sebelum menyerahkan kad memori kepada gadis itu.
“Bagus,
Arif. Sekarang, Kak Chu mahu kamu buang komputer riba beserta kamera di tengah
laut nanti. Jangan tinggalkan sebarang bukti. Kita perlu berpecah dan tidak
boleh bertemu buat sementara waktu. Tunggu arahan selanjut dari kakak.” Pesan
Kak Chu.
“Baik,
Kak Chu.” Masing-masing berpisah. Mereka menaiki bot laju yang telah disediakan.
Mereka akan bersembunyi di negara jiran buat sementara waktu.
Api mula
menjulang tinggi sehingga ke bumbung gudang. Sedikit demi sedikit, api mula
menyambar van putih dimana Datuk Haikal dibaringkan di bahagian belakang. Datuk
Haikal dalam keadaan separuh sedar tetapi dia mula menyedari yang dirinya
berada dalam bahaya. Dia berusaha melepaskan diri dari ikatan tetapi gagal.
Asap kebakaran semakin tebal menyelubungi van berkenaan dan ini menyebabkan
Datuk Haikal berasa sesak nafas.
Beberapa
buah jentera bomba tiba bersama dengan kereta peronda polis bantuan pelabuhan.
Kebakaran mula memusnahkan keseluruhan gudang berkenaan. Turut musnah van putih
yang digunakan untuk menculik Datuk Haikal. Oleh kerana van berkenaan adalah
kenderaan yang dicuri pada seminggu lalu, ia perlu dimusnahkan agar tiada kesan
bukti yang tertinggal. Sayup-sayup terdengar jeritan sayu meminta tolong
sebelum ia lenyap dalam runtuhan bumbung gudang. Pihak bomba mengalami
kesukaran untuk memadamkan kebakaran memandangkan gudang itu menyimpan
bahan-bahan mudah terbakar.
Pada
keesokkan pagi, akhbar-akhbar dimuka hadapan melaporkan lima tajuk utama yang ada
berkait rapat. Pendedahan salah laku di Youtube, pengakuan Datuk Haikal, misteri
kehilangan Datuk Haikal, kebakaran pejabat Datuk Haikal di Damansara dan
misteri mayat rentung dalam kebakaran gudang usang. Pada tengahari pula, pihak
polis menerima beberapa buah kotak yang mengandungi dokumen-dokumen penting
milik Datuk Haikal yang dikirimkan oleh pengirim misteri sehinggakan pihak
kurier gagal mengesan siapa pengirim sebenar. Apa yang pasti, berdasarkan
dokumen yang diterima, pihak polis berjaya mengesan pelbagai kes salah laku
Datuk Haikal yang sebelum ini begitu sukar untuk disiasat. Ini kerana Datuk
Haikal menggunakan pengaruh ahli politik bagi melindungi kegiatan jenayah
terancangnya.
Bagi
Mona atau Kak Chu, perjuangan menentang ketidak adilan bersama adik-adik
angkatnya hanyalah permulaan. Di hadapan mereka, cabaran yang akan datang
membuatkan mereka bersatu untuk menghadapinya bersama-sama.
Amaran: Cerpen ini milik Ahmad Mahzan Borhan. Sesiapa yang melakukan plagiat, akan didakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan