Aku keseorangan
Tanpa teman, tanpa sesiapa
Hanya tiupan angin malam menjadi teman bicara
Menyejukkan alam yang hangat membahang
Aku mula merinduinya
Si dia pergi meninggalkan aku
Hanya kerana aku seorang papa
Tanpa darjat, tanpa rupa, tanpa sesiapa pun
Hanya ada hati dan perasaan
Yang mengisi jiwa yang berkecamuk
Kerana seorang gadis rupawan
Amaran: Puisi ini milik Ahmad Mahzan Borhan. Sesiapa yang melakukan plagiat, akan didakwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan